Friday 29 September 2017

 First of all, izz nak perkenalkan diri sendiri dulu. Nama Nur Fathen Izzatti bt Nurdin. Tapi ramai member yang panggil izz. So korang semua boleh panggil izz aje. Asal dari Kota Tinggi Johor.
 So hari ni izz nak post pasal pengalaman sebelum sambung degree. Selepas habis form 6, izz ambil kursus intensif bahasa inggeris di Kolej Teknologi Alpha. Tapi pendekkan kitaorang panggil IBI aje. Almost 2 bulan belajar bahasa inggeris dekat sana, macam-macam yang izz lalui dekat sana. 
Sepanjang IBI tu izz kena lalui 5 konsert termasuk ice breaking, Idol, Drama, Narrative Speech dan Dikir Barat. Tapi jangan pandang sebelah mata aje. Walaupun tengok macam senang aje konsert-konsert tu semua tapi almost mencabar bagi izz. Disebabkan izz tak suka bahasa inggeris so izz rase benda tu semua susah sebab semua konsert gunakan full english. Tapi korang semua jangan rasa takut walaupun semua guna bahasa inggeris tapi semua konsert tu best. Daripada semua konsert, kita dapat tambah pengetahuan dan melancarkan percakapan dalam bahasa inggeris. 
Lepas habis aje program IBI, izz kerja dulu sebelum sambung degree. Masa tu program IBI habis awal bulan 2. Izz ambil masa selama 2 bulan untuk rehatkan diri. Yelah, dah penat kerah otak kan masa IBI dulu. Time ni lah nak berehat๐Ÿ˜‚๐Ÿ˜‚..
Bulan 4 baru izz mula kerja as a tuition teacher. Tapi kerja tu part time aje. Tak sanggup nak kerja full time. Penat yang teramat. hahaha.. Siapa pernah jadi cikgu dia tahu lah.
Okaylah.. Sampai sini dulu..Nanti sambung dekat entry seterusnya..
๐Ÿ˜Œ๐Ÿ˜Œ

No comments:

Post a Comment